Thursday 28 June 2012

Macam2 Hal

     Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum w.b.t.  Hari ni nak story . Tengah hari tadi lepas siap semua kerja rumah tengok lar hp yang di cas dah penuh ke belum . Bile tengok dah penuh , on lar hp . Tengok2 ada meseg masuk dari Ammar Hakiem (bukan nama sebenar) , kami start meseg malam tadi la . tu sampai terbawa ke siang . Kami berterusan meseg sampai ke petang . Bile Ammar Hakiem tak reply meseg , isteri dia Puteri Mia Faradhika (bukan nama sebenar juga) membalas meseg saya pula .

     Dok berbalas- balas meseg . Tiba-tiba rasa ingin ke pasar lambak atau dipanggil pasar malam tapi pasar tu start petang dalam pukul 3setengah sampai 6setengah petang. Maka saya pon mintak lah izin mak nak ke pasar . First sekali mak kate, "ha..janji ngan kawn nak jumpe lar tu..(smbil mak tunjuk hp)". Saye kate la, "mane ade mak..nikawan lain lar..". Mintak izin lagi. Mak kata "pergi je lar, ape masalahnye lg? kan dah tau bawak moto, bawak krete...", hehe.. Saya kata dalam hati 'masalahnya DUIT....'. 

     Time nak gerak. Mintak mak duit n kate nak g jugak. Mak pon bagi lar duit. Da dapat duit, ape lagi. pegi je lar an. Time tu mak pon bagitau ayah. Dengar la gak ayah x bagi la tanye nak buat ape la n ayah pon ingat nak g jumpe kawan la. Adoi, susah tol nak kua sebenarnye ek. Tapi papepon saye dapat kua dgn drive krete sendiri. Gi hantar Amin sekolah agame dan amik Hidayah . Kami pon terus ke pasar . Hidayah suke je dapat gi. hehe.. 

     Tiba di pasar . Parking la kreta kat tepi jalan . Orang xramai lagi, senang lar nak parking . Time jalan nak ke gerai tersaing lak ngan mak cik bawa basikal . Mak cik dok tanya bawak krate ke, umur brape, sekolah lagi tak, soalan-soalan yang biaseku terima. Mak cik tu kate nak park basikal dulu baru ke gerai. Bila mak cik tu da lepas, saya teruskan perjalanan. Ni baru nak masuk lorong pasar ni.

     Tiba-tiba . Ade mak cik tegur.., "hai.." . Saya pon toleh . Hehe.. Acik Rose!! Saya terus lar salam Acik Rose ngan anak dia. Kami dok borak jap itu ini pastu baru jalan . Dalam hati..memang xsangke lar terserempak kat situ an. Hehe..da lar just pakai t-shirt ngan kain pastu pkai shawl yang ntah pape tu. Alahai..segan lar jugak. Papepon saya teros mencari gerai yang ada jual buku-buku . Tapi nasib xmenyebelahiku. Saya terus belikan selipar yang Hidayah nak. 

     Masa beli selipar Hidayah tu ternampak ada sorang Mak cik ni tangan dia kene sapu dengan cream . Time tu kesian tgk mak cik tu kene sapu dengan ntah cream ape . Then terus tengok tudung-tudung kat gerai lain . Coz mase nak g memang ade rase nak beli tudung, tapi bile tengok tudung-tudung yang ade, da x semangat lak nak beli. Kami pon patah balik semula nak balik . Tiba-tiba..

     Kami di tahan ngan mak cik jual cream tu. Aduh duh duh... Die pon cerite lar pasal cream tu. Siap test dekat tangan saya lagi . Die kate kalo pakai siang-siang, pakai lar nipis je. Pastu ley pkai bedak pape. Then kalo malam boley wat masker . Dengo macam best gak . Pastu die kate gak muke adik ni ade jeragat. Kalo pkai ni boleh hilang . Dia pon nak jual sebotol rm 15. Saya setuju untuk membeli satu sahaja dahulu kerana xcukup duit. Time kuakan duit rm20 nak bayar, dia suruh tambah lagi rm10 n then dia bagi 3botol. Huhh.. dalam hati..habislar cmni.. baru nak save siket duit.. da kene kaut. Terpaksa lar beli gak.

     Then kami terus nak balik . Tiba-tiba terperasan lak satu gerai ni baru nak keluarkan buku-buku . Saya stop n tanye lar, ade ke x solusi kat situ . Alhamdulillah, ade juga buku tu . Syukur coz misi nk g pasar terlaksana. Kami pon terus pulang memandangkan duit pon dah habis kering . 

     Saya drive dengan berbagai-bagai perasaan yang bile fik8ir da macam orang xbetul . Gare-gare apa yang berlaku di pasar . Sampai je kat rumah . Saya tanye mak, "cube mak teka akak jumpe sape tadi?". Hehe.."akak jumpe Acik Rose..". Mak kate, "Ha! kan betol jumpe tu.." Hehe.. tapi tu mak dye. Wat pe nak janji2 mak ni.. hehe.. Then, saya pon sampaikanlah salam Acik Rose. Nasib baek lar ayah xde tanye pape. Lo tak habis lar kene bebel. hehe..

     Ayah pula suoh tolong tanda kertas . Best taw menanda ni . Rase macam cikgu lak..hehe.. Sbenanye tringin nak jadi cikgu tapi xkesampaian . Habis semua kertas ditanda oleh ayah ngan saye sampai ke magrib . Alhamdulillah selesai .

     Malam pula, Amin sebok suruh buatkan aiskrim tuk jual time hari kantin esok. Apa lagi, terpaksa lar buat . Dapat la dalam 36 batang . Boleh la buat ade-ade utk jualan esok . Mak pulak sebok pack kan batang keladi , juga untuk disumbangkan time hari kantin esok . Mak dapat lar dalam 12 pack . Aiskrim, 20sen . Batang keladi satu pack RM2 . Mudah-mudahan laku lar semua tu . InsyaAllah .

      ##catatankuhariini##

Wednesday 27 June 2012

InfoMedik: Senggugut Ketika Haid

1. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. 2. Penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai 'prostaglandin'. 'Prostaglandin' adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh. Setiap 'prostaglandin' ini mengandungi 20 atom karbon. Ia menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Disebabkan itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. 'Prostaglandin' yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Oleh yang demikian, kehamilan dan kelahiran dapat membantu mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi pun ca kepada senggugut. 3. Namun begitu, terdapat sebilangan kecil daripada mereka yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan sekiranya senggugut berlaku secara berterusan. Mereka ini kemungkinan besar menghidapi penyakit 'endometriosis' iaitu sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Namun pun begitu, kaitan ini hanya jika penyakit 'endometriosis' ini berada pada tahap serius. Tahap kesakitan senggugut tidak berkaitan dengan tahap keseriusan 'endometriosis'. Seseorang itu boleh mengalami senggugut yang teruk tetapi tahap 'endometriosis' hanya pada peringkat awal sahaja. 4. Lazimnya, kesakitan akan reda sebaik sahaja dua atau tiga hari kemudiaannya. Akan tetapi, jika 'endometriosis' ini telah merebak kemungkinan besar kesakitan tidak akan reda walaupun haid telah berhenti. Kesakitan juga mungkin akan terasa sewaktu melakukan persetubuhan atau membuang air besar. Ini disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di belakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Senggugut mempunyai cara kesakitan yang berbeza di mana sakit akan datang sebelum pendarahan bermula dan tertumpu di ari-ari atau pinggang belakang. Sakit ini akan berterusan walaupun haid sudah berhenti. kadangkala, terdapat juga gejala lain seperti kesukaran untuk membuang air besar atau sakit semasa berhubungan kelamin.sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tuesday 26 June 2012