Friday 18 May 2012

::zaman sekolah::

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Apa ade pada zaman sekolah saya???
Ketika zaman sekolah saya suka mewakili sekolah dalam 
pertandingan tulisan khat..
Saya mula menceburi tulisan khat ini ketika saya darjah 4
di sekolah agama..
Saya ingat lagi.. Ketika itu cikgu bzy mencari peserta 
untuk mewakili peringkat sekolah..
Tiba-tiba..
cikgu memilih saya.. katenya tulisan jawi 
di buku latihan saya cantik..
Saya pon dengan redhanye menerima..
Saya tidak terus dihantar pertandingan..
Malah saya diajar teknik-teknik menulis dengan betul..
Saya memang bertuah kerana cikgu yang mengajar saya mahir
dalam tulisan khat.. Cikgu Sabri bin taib lah orangnya..
Saya sentiasa berlatih dan berlatih..
Oleh kerana saya selalu disuruh berlatih..
Akhirnya tulisan saya boleh diterima..
Saya dapat mewakili peringkat seterusnya..
Dan saya kekal mewakili sekolah dalam pertandingan khat
sehingga darjah 6.. Malah ketika saya darjah khas juga..
ada cikgu yang memilih saya untuk menyertainya..
Sampailah saya di sekolah menengah.. Saya berasa minat untuk
meneruskan bakat yang telah diasah ketika sekolah rendah di sekolah menengah..
Di sekolah menengah ketika saya tingkatan 1 memang ada seorang kakak
yang pandai tulisan khat.. Tapi dia bagi saya peluang untuk mewakili sekolah oleh kerana 
dia ingin menghadapi PMR.. Dia yakin saya boleh pergi lebih jauh dari dia..
Tetapi saya telah menghampakan dia..Sedih.. 
Oleh kerana itu, pada tahun seterusnya kakak yang bernama Siti Raiha itu tadi
mengambil keputusan untuk mewakili sekolah.. Oleh kerana pada tahun itu,
tahun akhir kak Raiha di sekolah..
Pada tahun seterusnya sayalah yang mewakili setelah kak Raiha berpindah..
Saya pernah sampai ke peringkat Negeri iaitu ketika saya di 
tingkatan 4.. Saya rasa gembira sangat ketika itu..
Oleh kerana saya begitu yakin ketika saya di tingkatan 5..
Akhirnya saya hampa.. Awal-awal lagi saya sudah tewas.
Saya dapat rasekan yang ketika itu saya tidak mendapat keberkatan dariNya..
Sebelum saya pergi bertanding saya mempunyai krisis dengan kawan rapat saya..
Saya tidak dapat kemaafan sebelum saya bertanding..
Saya pergi mewakili sekolah dengan perasaan yang sangat sebak..
Selain itu, saya juga ada agenda lain ketika itu..
Saya ingin berjumpa bf saya yang saya dapat jumpa dia pada masa
pertandingan Tilawah Al-Quran itu sahaja..
Kiranya setahun hanya dapat jumpa sekali..
Pada tahun lepasnya juga begitu..
Mungkin itu silap saya..
Allah nak bagi pengajaran buat saya..

Antara karya-karya ketika Majlis Tilawah Al-Quran 2009:




Alhamdulillah saya ada pengalaman mewakili sekolah..
Ada sesetengah orang dia langsung tiada kesempatan untuk mewakili sekolah..
Saya sangat bersyukur diberi peluang seperti ini..
Alhamdulillah..



No comments:

Post a Comment