Thursday 5 July 2012

Tafsir Surah Al-Luqman Ayat 16-19

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t

يبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُنْ فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى السَّمَـوَتِ أَوْ فِى الاٌّرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ - يبُنَىَّ أَقِمِ الصَّلَوةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَآ أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الاٍّمُورِ - وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِى الاٌّرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ - وَاقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الاٌّصْوَتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ

16) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

17) "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18) "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19) "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


WASIAT BERGUNA YANG DIKHABARKAN OLEH ALLAH SUPAYA DIIKUTI OLEH MANUSIA

1) Segala kezaliman atau kebaikan yang dilakukan oleh manusia walaupun seberat zarrah sama ada tersembunyi di langit atau bumi akan Allah dedahkan pada hari kiamat nanti untuk balasan.
2) Dirikan solat.
3) Menyuruh manusia melakukan makruf dan mencegah munkar.
4) Hendaklah bersabar atas segala bala bencana.
5) Jangan memaling muka (memandang rendah) kepada manusia.
6) Jangan berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong.
7) Sederhanakan langkah (tidak terlalu gopoh atau terlalu perlahan) ketika berjalan.
8) Rendahkan suara apabila berbicara dengan manusia -tidak memekik atau menjerit-jerit.

KESAN BAIK YANG AKAN DIPEROLEHI BERDASARKAN KEPADA PENGHAYATAN AYAT 17

Mendirikan sembahyang:
> Bukti seseorang beriman dan yakinkan Allah.
> Wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
> Membantu untuk membendung daripada maksiat serta membersihkan jiwa dan hati.

Menyuruh melakukan perkara kebajikan dan makruf:
> Mendidik diri sendiri dan orang lain dengan mentaati Allah, melakukan amalan kebajikan dari sudut syarak dan hukum akal seperti berakhlak mulia serta terpuji kerana perbuatan yang elok dan baik membersihkan jiwa dan menjadi insan bertamadun.

Melarang daripada melakukan perbuatan mungkar:
> Menegah diri sendiri dan orang lain daripada melakukan maksiat dan meninggalkan apa sahaja yang telah ditegah oleh Allah dan diharamkan dari sudut akidah, ucapan, perbuatan, atau amalan.

Bersabar atas segala bala bencana yang menimpa:
> Memupuk kekentalan jiwa mengharungi perjuangan.

BENTUK DAN CARA PENDIDIKAN ANAK-ANAK YANG PERLU DIUTAMAKAN OLEH IBU BAPA

#Mendidik anak-anak semenjak awal dengan pendidikan islam.
#Mendidik anak-anak dengan tata susila dan adab islam.
#Memberi kasih sayang yang secukupnya.
#Didik dengan didikan akidah dan keimanan.
#Pendidikan ketika makan dan minum serta bergaul dengan orang ramai.
#Hendaklah berlaku adil terhadap anak-anak.
#Ajar dan didik anak-anak dengan sembahyang semenjak usia 7 tahun.
#Menanamkan bibit disiplin dan akhlak mulia semenjak kecil.
#Mendidik anak-anak cara bersuci dan syariat apabila mencapai usia 7 tahun.
#Mendidik anak supaya jangan syirik kepada Allah, berbakti, berbuat baik dan taat kepada ibu bapa.

TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK

~Melaksanakan segala perintah Allah.
~Mengamalkan sifat mahmudah.
~Memberi nasihat yang berterusan ke arah kebaikan.
~Menunjukkan contoh yang baik.
~Menegur kesilapan dengan bijaksana.
~Mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga.

KONSEP KESEPADUAN DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

  • Pendidikan yang dapat membentuk peribadi mulia.
  • Membentuk insan kamil dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelektual.
  • Pendidikan akidah: i) Allah mengetahui semua perkara yang tersembunyi. ii) Allah bersifat Latif dan Khabir.
  • Pendidikan ibadah: i) Mengajar mendirikan solat. ii) Mengajar berdakwah amar makruf nahi munkar.
  • Pendidikan akhlak: i) Bersabar. ii) Menjaga hubungan sesama manusia. iii) Bersederhana dalam semua keadaan. iv) Menjaga adab bercakap.
Sumber: Ustaz Abd Rahman Bin Md Arshad




No comments:

Post a Comment