Wednesday 4 July 2012

Tafsir Surah At-Tahrim Ayat 6

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t


006. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Daripada ayat di atas dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan hambanya supaya melakukan dan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan laranganNya.
Ayat di atas juga mengingatkan bahawa menjadi tanggungjawab ketua keluarga untuk memelihara keluarganya daripada melakukan dosa yang boleh membawa kepada balasan api neraka.
Setiap sesiapa yang mengerjakan segala suruhan dan menjauhi laranganNya akan mendapat balasan setimpal dan Allah menjanjikan syurga untuknya kelak.

TANGGUNGJAWAB BAPA DALAM MENJAMIN KELUARGANYA UNTUK KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

1) Mengingatkan ahli keluarga untuk menunaikan sembahyang dan sembahyang tepat masanya.
2) Mendidik anak-anak berpuasa.
3) Mengajar keluarga pekerti mulia dan pendidikan agama.
4) Memberi layanan baik dan menunjukkan pekerti baik.
5) Menyara dan memberi nafkah.
6) Tidak membiarkan keluarga melakukan maksiat.
7) Tegas mengajar isteri dan anak-anak, dan tidak menurut kehendak mereka yang berunsur maksiat.
8) Didik anak yang belum baligh supaya meminta izin untuk masuk bilik.

TUGAS MALAIKAT DI ALAM GHAIB DAN DI ALAM DUNIA

Tugas di alam ghaib:
1) Bertasbih mensucikan Allah, patuh dan melakukan segala suruhan.
2) Memikul arasy.
3) Memberi salam kepada ahli syurga.
4) Menyiksa ahli neraka.

Tugas di alam dunia:
1) Mengatur alam.
2) menguatkan rohani dalam diri manusia.
3) Mendoakan untuk orang-orang beriman.
4) Hadir dalam solat Subuh dan Asar.
5) Turun waktu dibacakan al-quran.
6) Hadir dalam majlis ilmu dan mengingati Allah.
7) Membawa berita gembira.
8) Mencatat segala amalan.

GAMBARAN AZAB NERAKA BERDASARKAN AYAT DI ATAS

1) Malaikat yang keras (Ghilaz) percakapan-hati.
2) Malaikat yang kasar / bengis (Syidad) perbuatan.
3) Manusia dan batu jadi bahan bakar.

STRATEGI YANG PERLU DILAKUKAN OLEH KETUA KELUARGA UNTUK MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA

1) Bapa perlu bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai murni.
2) Bapa bukan sahaja berperanan sebagai bapa tetapi juga sebagai kawan.
3) Bapa bertindak sebagai kaunselor.
4) Bapa perlu mempunyai asas didikan agama yang kukuh.
5) Bapa menjadi contoh teladan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KEMURKAAN ALLAH

1) Tidak melakukan maksiat / kekufuran.
2) Menjadikan diri sendiri dan keluarga orang yang bertakwa dan bersih daripada syirik.
3) Beribadat kepada Allah -ibadat khusus atau ibadat umum/sunat.
4) Tidak melakukan kezaliman.
5) Pilih sahabat yang baik.
6) Dampingi ulama.

APAKAH HUKUM YANG DI ISTINBAT DARIPADA AYAT?

#Wajib > Tunaikan perintah Allah, jauhi daripada maksiat.
#Wajib > Melakukan amalan soleh.
#Wajib > Mengambil berat dalam mendidik anak-anak.
#Ketua keluarga wajib mendidik keluarganya.

Sumber: Ustaz Abd Rahim Bin Md Arshad.




No comments:

Post a Comment